inilah reaksi gadis ini apabila diminta mengambil gambar tubuhnya ... Lihatlah betapa mudahnya...


Harap ibu pandang #serius dan tengok atau selalu periksa telefon bimbit anak - anak supaya tidak berlaku perkara yang tidak #diingingi TAKE NOTE..!!!!








Ustaz Kazen Elias disantau... Setiap petang saya nampak lembaga perempuan berbaju putih, berdiri di pintu sambil tersenyum..

Cerita Ustaz Kazen Elias. Pengalaman DISANTAU!!!!

Saya dijemput menjadi imam qiamulail,selesai kuliah subuh saya pulang ke rumah. Jumaat sekitar 9.30 pagi, dada saya sakit, badan tiba-tiba sahaja lemah, kepala pening..saya muntah..masyaallah..darah membuak keluar. #Di hospital doktor kata sy terkena jangkitan..


virus. 6 hari terlentang, anak sulung saya umur 2 tahun menangis siang malam. Saya terlalu lemah, dada seperti dihiris-hiris. Setiap petang saya nampak lembaga perempuan berbaju putih, berdiri di pintu sambil tersenyum berkata "padan muka..padan muka"...

Teman(Kawan) saya datang tidur dirumah..., lari dia sebab dia nampak lembaga hitam besar berdiri dan kencing atas dia..Masyaallah badan makin lemah,mana-mana anggota dipegang pasti menjerit saya kesakitan.....

Saya dibawa ke Kedah dan Batu Kurau untuk berubat. Di Batu Kurau dapatlah jawapannya..saya disantau, kuku semua dah hitam, badan susut mendadak..beribu-ribu miang buluh dikeluarkan dari dada saya,sakitnya Tuhan sahaja yg tahu. Bilal tua yang merawati saya kata "sabar ni ujian Allah.."

5 tahun kemudian dia meninggal kerana sakit tua. Sejak itu pantang saya ialah makanan yang tajam dan berbisa sepeti tebu, rebung, kambing dan beberapa jenis lagi. Ini kali pertama saya disantau. Perit, pedih dan sakit sangat, bagi yang pernah kena dia tau lah macamana rasanya..kenangan yang menginsafkan 1996/97

1997.

Kesakitan akibat di santau berterusan dan mengganggu kerja dakwah saya. Serangan kedua lagi teruk,ramai yg datang membantu disamping amalan tertentu,gangguan dalam rumah makin menjadi-jadi.Saya dibawa balik ke Kedah untuk berubat,doktor mengesahkan saya tiada sebarang penyakit.

Tahapnya sampai orang masjid datang baca Yasin..saya redha apa jua ketentuan Allah. Suatu malam, saya bermimpi didatangi seorang ulama, memakai baju putih..mengucapkan salam..dipegangnya dada saya dan dibaca beberapa potongan ayat Al Quran. Dia kata esok ambik 7 benda ni dan mandi gosok seluruh badan..Insyaallah katanya Allah bagi kesembuhan.

Dalam mimpi itu saya dipertunjukkan dengan 6 orang yang menyihir saya..gambar mereka ditunjuk satu-satu..saya tersedar dari tidur..Masyaallah,mimpi apakah ini..mimpi benar atau mainan?

Siang esoknya sy gagahkan diri utk bercakap,minta disediakan 7 perkara itu,saya pun dimandikan dan saya masih ingat lebih 2 minggu saya terlantar,batuk berdarah,hanya boleh minum susu sahaja..Pagi saya mandi pada sebelah petangnya Alhamdulillah saya dah boleh duduk..saya kata lapar..nak nasi..saya tengok org sekeliling saya menangis,saya minta nak pegang anak saya,syukur dah boleh ingat banyak benda.

1998.
Saya pindah dari rumah sewa ke rumah sendiri di Batu Gajah..dalam sibuk dok angkat barang,datang suami isteri..saya kenal mereka,orang kaya,orang hebat deme ni.

Tiba-tiba suami dia peluk saya,si isterinya menangis..dia kata
"maafkan kami ustaz" berkali-kali diulang perkataan itu.

Saya tanya "nape?"

Dia jawab "kami lah yg menyihir ustaz,kami berdosa sangat-sangat pada Ustaz".

Saya tanya "kenapa buat kat saya mcm ni?"

Dia jawab "Saya terasa bila ustaz tegur dalam kuliah tentang orang yg tak berjemaah dimasjid, saya geram,saya menyampah dgn kata-kata ustaz".

Saya jawab "takpe..Alhamdulillah,saya tak marah dan simpan dlm hati".

Dia kata lagi "mereka berenam terlibat."

"Enam org?" saya terkejut..

Memang,saya kenal mereka kerana suami isteri inilah yg ditunjuk dalam mimpi saya itu. Saya sebut nama lagi empat org,dia mengaku betul,mereka yang aniaya saya.Saya cakap.pesan pada mereka saya maafkan mereka.

Sampai sekarang,kalau saya terserempak mereka berdua,sisuami akan memeluk saya..satu keluarga rapat dan tiap-tiap tahun mereka datang beraya(hari raya) dengan bawa sekali anak menantu cucu..langsung tiada dendam dihati, Alhamdulillah.

2001.
Ketika itu menjadi Imam di Masjid Al-Aulia,Ipoh. Tabiat saya ialah makan malam jam 6:30 petang..bila saya 3 kali suap baru saya perasan ada banyak ulat didalamnya, bergerak-gerak, MasyaAllah,bila saya buang ke lantai jadi nasi tapi dalam pinggan berulat.

Saya tanya isteri,ni nasi bila? Dia jawab baru masak. 3 hari berturut-turut sebelum itu tikar getah rumah saya diselak-selak sedangkan ada kusyen, meja makan dan almari kitab diatasnya. Berombak macam ada orang mengibasnya. Itulah permulaan serangan ketiga pada saya dan kali ini paling teruk,saya terlantar sebulan malah tak dapat mengingati orang disekeliling saya. Sakitnya sangat kuat sehingga mengganggu keluarga..berpuluh-puluh ustaz dan pengamal perubatan tradisional datang membantu..saya ucapkan terima kasih kepada Dato' Ismail kamus, Dato' Syeikh Mohd Nor, Ustaz Che Leh. Ustaz Ridzuan yang tak putus dan jemu membantu dan ribuan pelajar yang membuat solat hajat dan yang datang berubat dari seluruh negara.

Inilah kesakitan yang paling saya deritai hingga ke saat ini..Mungkin tuan puan kata saya ni dok cerita pengalaman peribadi sahaja tapi saya ingin mengajak pada semua agar sabar dengan ujian dan mudah-mudahan Allah mengampuni dosa kita. Kesakitan pada 2001 adalah pengalaman yang sangat berharga kerana mendorong saya mempelajari ilmu perubatan Islam secara lebih mendalam apabila Dato' Ismail Kamus berkata pada saya..."Anta berubatlah akan diri anta sendiri.."

Alhamdulillah..selepas sebulan tak bangun, tak boleh tidur, takde selera makan,hilang banyak ingatan, saya bangun dengan izin Allah...saya temui jawapannya bila saya dan sahabat saya dari Indonesia menemui bangkai anjing ditanam dalam halaman rumah...Apa jenis manusia ini...Apa salah saya...???

Apapun yang baiknya saya dapat belajar banyak perkara dari ujian ini antaranya... Saya belajar perubatan Islam.. Kedua, saya dapat tahu mana kawan masa susah senang dan kawan masa kita senang sahaja..Terima Kasih kawan dan sahabat yang tolong saya.

Ustaz Kazim Elia


Tolong tarbiah sikit kakak kau supaya menjadi manusia. Jangan jadi b*bi menyondol taman orang...

Myza K., nak ambil suami orang, jiwa kena kental. #Baru WhatsApp sikit, dah block. Baru like cover photo WeChat pun block. Nak sangat lelaki murahan ini, mehlah minta izin. Saya memang nak bagi saja tapi lelaki murahan ini yang buat susah.

Bangga sangat kan up gambar dengan suami orang. #Meh aku tolong postkan juga.

Bulan 8, honeymoon Cameron. Bulan 9 ke Langkawi. Tapi nafkah anak tiga bulan baru merasa sekali. Ingat anak minum susu tiga bulan sekali ke apa?

Hari itu bukan main tipu kata dah tak ada hubungan dah. #Tak hairan, takkan kena suap duit sikit pun cair? Tak hairanlah setakat naik BMW singapura!

Sebelum ini aku diam saja tapi nampak melampau tarikh Court pun tak hadir. Lelaki yang baik pandai jaga maruah tetapi ini langsung siap duduk serumah lagi dan paling malu hari-hari meroyan di inbox mak aku apa pasal?

Kasihan, bodohnya betina murahan. #Dengan kau pun dia masih boleh inbox semua itu pada mak aku.

Adik betina ini friend Facebook aku. Tolong tarbiah sikit kakak kau supaya menjadi manusia. Jangan jadi babi menyondol taman orang. Nanti karang ada babi pula sondol kau punya keluarga baru kau rasa.

Ramai yang cakap saya kuat, saya tabah. Pernah fikir tak #hati saya yang berdarah berapa ratus kali untuk menjadi sekuat ini?


Sampaikan jadi apa pun sekarang saya dah tak ada rasa sakit hati. Penat 8 tahun melayan semua karenah buruk dari dia dan semua ahli keluarga saya sangat sayangkan dia sebab itu bertahan.

Perempuan, pukul, penipuan, dipinggirkan, ditinggalkan dan disampahkan. #Memang ada baiknya tetapi satu kebaikan tertutup dengan 10 keburukan.

Saya tidak kata saya sempurna. Saya pun ada salah saya. Salah saya sebab tak boleh percayakan dia. 10 patah keluarga dari mulut satu pun tak boleh percaya dan saya garang. Saya marah sebab saya selalu ditipu setiap masa. Kadang-kadang tak tahu mana perkataan yang jujur dari dia walaupun dia tengah memujuk.

Saat dia jatuh tersungkur, saya menyahut #dengan memberikan harapan.

"Satu hari kita akan bangun semula. Bersabarlah,"

Saya korbankan segala keringat saya mencari #rezeki membesarkan anak-anak, menjaga rumah dan taat.

Tetapi yang indah tidak bertahan lama. Saya ditipu, diperbodohkan tetapi saya diamkan saja. Saya tahu malamnya di kelab tetapi saya tak nak pertikaikan sebab saya tahu bodoh dia pergi lagi jauh. Sampai Allah nak tunjuk semua permainannya.

Siapa kata saya kuat saya tak kecewa? Hati bagaikan dirampas. Saya bekerja sama gagah keringat lelaki, terabai diri sendiri. Saya buat permasangan aircond #dan wiring. Saya turun bekerja sekali bukannya bos goyang kaki. Boleh rasa tak apa yang saya rasa? Saya berdiri di depan cermin dan tengok diri saya. Kulit penuh lebam-lebam, tangan banyak luka-luka kecil, badan kurus kering terasa kasar kulit tangan.

Masa itu, saya terduduk menangis sekuat-kuat hati. #Kejamnya seorang suami, terlalu kejam! Pengorbanan saya dibalas dengan kecurangan. Saya diam bila hak-hak saya dan anak terabai. Sebaliknya saya pula menghulur duit poket untuk dia. Ya, kecewa itu perlu, menangis itu juga perlu untuk melepaskan segala apa yang ada di dalam hati. Tetapi kecewa tidak perlu berpanjangan, cukulah sekadar seminggu menangis, meraung dan meratap selebihnya. Belajar redha, berhenti bertanya kenapa, mengapa dan kalaulah. Ubah kepada;

"Ya Allah, ini ketentuan dariMu. PerancanganMu lebih baik. Engkau lebih mengetahui, memberi aku kesabaran untuk berjalan di setiap dugaanMu. Tersenyumlah semua akan menjadi# indah suatu masa nanti,"

Saya dan dia jauh berbeza. Saya tidak sosial tetapi dia bergaul tanpa batas. Saya dulu tidak bertudung. Saya pun seksi juga tetapi sampai bila saya nak terus tersesat?

Ingat lagi Mei 2014, saya beritahu dia yang saya nak bertudung. Saya tanya dia dan dia jawab okay. Saya tahu dia tidak ikhlas sebab dia suka yang seksi, hot dan bergaya. #Tetapi saya teruskan niat saya. Umur semakin meningkat, anak semakin membesar dan saya perlu berubah. Di setiap doa, saya memohon jika dia bukan yang terbaik untuk agamaku, masa depanku dan anak-anakku, Engkau jauhkanlah dia dari hidupku.

Ye, Allah mendengar, Allah lebih tahu apa yang terbaik usaat hati kecil ini betul-betul ingin berubah kepada kebaikan. Orang kata, lelaki baik untuk perempuan yang baik dan begitulah sebaliknya juga. Allah jauhkan yang tidak baik dari hidup saya. Sebab itu saya terima semua ketentuan ini. Saya boleh saja bersabar dan menerima dia tetapi saya tidak mampu membimbing dia untuk berubah kepada yang lebih baik. Setiap kali hati menjadi lembut, Allah tunjukkan lagi apa yang dia buat seperti Allah tak mahu saya tersilap membuat keputusan. InshaAllah ini yang lebih baik.

Peluang, beribu kali sudah diberi tetapi berubah hanya untuk empat bulan. Tipu kalau kata saya tidak sayangkan dia. 8 tahun saya terima semua keburukan dia, dari mula kahwin sampai ke hari ini tidak terkira curangnya. Tidak terkira perempuannya dan tidak terkira di tangan dan di kakinya kalau orang lain mungkin sudah lama angkat kaki. Tetapi saya memilih untuk terus memberikan peluang sampai ke tahap saya sudah tidak boleh terus berlembut. Kalau saya tidak menolong diri saya keluar dari masalah ini, siapa lagi yang akan menolong saya?

Keluarga. Kalau ada ahli keluarga yang dalam dilema, berilah dorongan dan jangan dihina atau dikeji. Itulah kekuatan yang ada nasihat untuk kebaikan. Keluarga saya tidak pernah jemu memberikan kasih sayang dan dorongan yang menjadikan saya lebih tabah dan kuat.

Untuk isteri-isteri, jika ada masalah, cubalah bangun tahajud. Renung mana yang salah sendiri, muhasabah diri, akan terjumpalah jawapan dan kesilapannya. Saya memang sudah tidak percayakan dia lagi. Saya garang, garang kerana selalu #diperbodohkan dan saya banyak marah kerana mahu dia menjadi lebih baik serta tinggalkan yang tidak baik.

Yang baik ambil untuk dijadikan sebagai pengajaran. Kalau ada yang tidak baik, maafkan saya. Saya manusia biasa bukan nak mengaibkan sesiapa. Tetapi sharing is caring, pengalaman mematangkan isteri. Bertabahlah, bersabarlah jika hak-hak kamu diseleweng dan untuk perampas, keep calm dan don't give up + keep it up. Kirafah dosa itu pasti. Saya sudah merasa, pasti kamu juga akan merasa melainkan dia betul-betul insaf. Bukan insaf mainan di mulutnya sahaja. Saya# lebih mengenalinya baik dan buruk. - Nelli

SUMBER : TheHypeMedia


7 Tahun Menderita!!! Jangan terkejut apa yang dikeluarkan dari mata seorang wanita ini

Seorang wanita China yang mengidap penyakit misteri #apabila mengeluarkan air mata batu sejak tujuh tahun lalu tampil kepada media untuk memohon bantuan bagi merungkai penyakit dihadapinya selepas doktor tidak serius mahu merawatnya.

Ding Aihu merasa sakit di matanya sejak tujuh tahun lalu dan suaminya Liang Xinhua terkejut selepas menjumpai batu di bawah kelopak matanya.

Matanya sering menghasilkan batu sejak itu.

Xinhua mendakwa tiada doktor yang dapat menjelaskan #fenomena pelik dan berkata setiap kali di ke hospital untuk mendapatkan rawatan, kakitangan hospital tidak mahu merawat isterinya dan menganggap isterinya gila.

Selepas batu berkenaan dibuang, dia akan berasa sihat untuk seketika tetapi akan mengeluarkan batu lain.

Batu yang dihasilkan keras dan berwarna putih dan agak sukar untuk dikeluarkan.

Malah menurut Xinhua, dia akan mengeluarkan batu-batu berkenaan dengan wayar dan mendakwa mengeluarkan 10 biji batu kecil dari# kelopak mata isterinya itu.

Xinhua yang juga petani di perkampungan Lufang, Wilayah Shandong berkata, dia telah cuba untuk mendapatkan rawatan di beberapa daerah namun doktor enggan merawat mereka.

"Mereka hanya akan merawat mereka untuk kes penyakit mental,' katanya dipetik Mirror.uk.

Xinhua mendedahkan perkara itu kepada media #dan turut menunjukkan sebiji batu yang keluar dari mata isterinya untuk meyakinkan bahawa dakwaan mereka adalah benar.

" Ia suatu yang menyakitkan, namun isterinya tidak mengalami masalah kesihatan yang lain," ujarnya lagi.


Mahkamah arah Johnson & Johnson bayar RM294juta kerana sebabkan kematian seorang wanita


Missouri , 24 Feb - Syarikat #Johnson & Johnson telah diperintahkan untuk membayar $72 juta (RM294juta) setelah kematian seorang wanita akibat kanser didapati terkait dengan produk keluarannya.

Laporan dari Metro.co.uk menyebut, Jacqueline Fox mati akibat kanser ovari yang #didapati berkait dengan penggunaan produk talkum Baby Powder dan


Shower to Shower yang digunakan oleh Fox selama beberapa dekad.

Keputusan itu dibuat setelah perbincangan yang mengambil masa selama lima jam dan selepas perbicaraan tiga minggu.

Juri mendapati Johnson & Johnson #bertanggungjawab terhadap penipuan, kecuaian dan konspirasi, kata peguam keluarga Fox.

Johnson & Johnson menghadapi tuduhan bahawa syarikat tersebut, dalam usaha untuk meningkatkan jualan, gagal selama beberapa dekad untuk memberi amaran kepada pengguna bahawa produknya yang berasaskan talkum boleh menyebabkan #kanser.

Fox yang tinggal di Birmingham, Alabama, mendakwa dia menggunakan produk #Baby Powder dan Shower to Shower untuk tujuan kebersihan feminin selama lebih dari 35 tahun sebelum dia didiagnosis dengan kanser ovari tiga tahun lalu.

Fox meninggal dunia pada Oktober pada umur 62 tahun.

- Siakapkeli.my
Sumber : http://nypost.com, http://metro.co.uk/


PANIK!!! seorang ibu dikejutkan setelah mendapati kepala anaknya sedang di gigit ULAR SAWA

AUSTRALIA - Seorang ibu terkejut apabila mendapati #seekor ular sawa sedang menggigit kepala anaknya yang sedang tidur.

Kejadian tersebut disedari oleh ibu kanak-kanak tersebut, Tammy, selepas mendegar jeritan kuat kanak-kanak itu.

Tammy bertindak pantas dengan merentap #ular sawa berkenaan dari kepala anaknya, Tyler, dalam satu kejadian yang berlaku pada Khamis lepas.

Selain kepala, Tammy juga memberitahu paramedik bahawa anaknya itu luka di bahagian tangan akibat digigit.

Kejadian tersebut dikongsi ke Facebook berserta gambar seorang #lelaki yang sedang memegang bangkai ular terbabit yang telah pun dibunuh.

Sementara itu, keluarga Tammy #menafikan bahawa ular tersebut adalah binatang peliharaan mereka.


Inilah sebab yang paling TIDAK munasabah sehingga budak 3 tahun ini dipenjara seumur hidup


Kaherah – Seorang budak #lelaki berusia tiga tahun

dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah Tentera Mesir minggu lalu, bagi tuduhan membunuh empat orang dan hampir #membunuh lapan lagi serta merosakkan harta kerajaan ketika rusuhan pada 2014 kerana kesilapan pihak pendakwa.

Menurut peguam budak itu, nama kanak-kanak berkenaan, Ahmed Mansour Qurani Ali dimasukkan dalam senarai 115 perusuh oleh penyokong #Persaudaraan Islam akibat kesilapan pihak pendakwa yang menyertakan sijil kelahirannya kepada hakim.

Kesilapan itu disahkan tentera dan tuduhan #berkenaan sebenarnya untuk seseorang namanya hampir sama dengan Ali iaitu Ahmed Mansour Qurani Sharara.


Pasangan tengah SYOK buat PROJEK dalam kereta yang sedang bergerak akhirnya dilanggar Lori


SEORANG lelaki maut, #manakala teman wanitanya cedera selepas kereta yang dinaiki mereka hilang kawalan dipercayai akibat ‘syok’ melakukan s3-ks dalam kereta yang sedang bergerak sebelum melanggar sebuah trak dalam kejadian di lebuhraya Pilibhit-Puranpur, India.

Dalam kejadian pada 24 Februari lalu, mangsa,31, yang dalam perjalanan untuk menghantar teman wanitanya di sebuah kampung di wilayah itu maut ditempat kejadian akibat mengalami kecederaan serius, sementara teman wanitanya hanya patah kaki.

Menurut pihak polis, kejadian berlaku ketika mangsa dan pasangannya dikatakan tidak dapat menahan naf-su bertindak melakukan s3-ks dalam kereta #yang sedang bergerak, sebelum kereta yang dipandu mangsa merempuh sebuah trak yang datang dari arah bertentangan.

“Kemungkinan pasangan itu sedang mengadakan hubungan s3-ks semasa kereta bergerak dan mangsa, samada tidak melihat lori yang datang dari arah bertentangan atau mungkin tidak boleh memandu.

“Mangsa maut akibat kecederaan serius,” kata pegawai #polis, Gajraula Rajesh kepada Times of India.

Katanya ketika pihak polis tiba ditempat kejadian, pasangan tersebut ditemui dalam keadaan separuh b0-gel dari bahagian pinggang ke bawah.

Susulan itu, wanita terbabit yang berusia 24 tahun dibawa ke #hospital berhampiran dan difahamkan kini semakin pulih.


Ramai yang TIDAK tahu maksuk sebenar Simbol "PEACE"...Tapi pasti anda akan terkejut setelah mengetahui maksud sebenarnya...


Apakah tanda #simbol ini? Kenapa para remaja kita gemar menggunakan simbol ini ketika mengambil gambar atau selfie? Tahukah kita asal usul simbol ini dan apakah maksud simbol ini?

Ramai yang akan menjawab ianya adalah simbol #Peace atau Keamanan. Namun, sejauh manakah kebenarannya dan apa buktinya?

Para pengkaji memberitahu kepada kita bahawa, simbol itu berasal dari #Yahudi yang membawa maksud,

"KEJAYAAN UNTUK SYAITAN"

Simbol ini telah diamalkan oleh #penggemar-penggemar ajaran syaitan. Oleh kerana itu, kita tinggalkanlah amalan menunjuk simbol seperti itu ketika bergambar atau dimana-mana sahaja. Bersihkanlah akidah kita, inshAllah selamat di dunia dan akhirat. - Ustaz Hafiz Ng Ipoh


CEKIK DARAH !!! Caj untuk 2 botol air RM900 biar betul...

Pada 22 Februari 2016 jam 5 petang, saya bersama bapa #mertua saya telah membawa suami saya ke klinik ini kerana suami saya mengalami gastrik. Apabila sampai di sana, suami saya telah dirawat oleh doktor yang juga pemilik klinik berkenaan.

Dia telah memberi injection muntah dan beberapa jenis ubat untuk penyakit suami saya. #Doktor itu memberitahu jumlah kos rawatan dan ubat adalah sebanyak RM300 dan tiada sebarang resit yang diberikan.


Dia juga memberitahu sekiranya suami saya tidak baik selepas satu jam,# dia meminta saya membawa suami sekali ke kliniknya.

Lebih kurang jam 6.30 petang, saya mendapati suami saya masih sakit dan saya membawanya ke klinik yang sama. Doktor sekali lagi merawat suami saya dan kali ini dia telah memberi dua botol air kepada suami saya.

Sebelum itu, doktor memberitahu bahawa dia telah memasukkan dua# jenis ubat ke dalam air itu iaitu ubat tahan sakit dan juga ubat tahan muntah.

Selepas satu jam, rawatan selesai, suami saya dibenarkan pulang. Doktor juga memberi suami saya ubat gastrik dan ubat batuk.

Ketika saya mahu keluar, saya terdengar dotkor itu telah #menghubungi bapa mertua untuk datang mengambil kami kerana saya tidak mampu membawa suami saya seorang diri. Apabila bapa mertua sampai, kami membawa suami masuk ke dalam kereta dan terus balik ke rumah.

Jam 8.15 malam, bapa mertua saya telah memberi sekeping resit No 47655 dari klinik tersebut di atas nama suami saya dan caj yang dikenakan adalah sebanyak #RM900. Bayaran itu telah dibayar oleh bapa mertua. Doktor juga memaklumkan kepada bapa mertua saya bahawa dia telah memaklumkan kepada saya mengenai kos berkenaan serta ubat yang diberikan kepada suami saya adalah mahal.

Disebabkan itu, saya dimarahi oleh bapa mertua. Saya menjelaskan kepadanya yang doktor terbabit tidak menjelaskan apa-apa kepada saya semasa rawatan kali kedua dijalankan di kliniknya kerana rawatan pertama saya telah membayar RM300.

Saya tidak berpuas hati dengan bayaran yang dikenakan ke atas suami, saya terus pergi ke klinik tersebut untuk mendapatkan penjelasan dan pecahan kos rawatan dari doktor berkenaan. Namun, apabila saya sampai, klinik itu telah ditutup. Caj yang dikenakan adalah tidak setimpal dengan rawatan ke atas suami saya. Saya akan ambil tindakan sewajarnya ke atas klinik ini dan laporkan pada Kementerian Kesihatan Malaysia. - Pengadu


Para Isteri Kena pandai cari soft spot suami kerana tidak sama pada mana-mana lelaki



SOFT SPOT: QURRATU AIN
PENYEJUK MATA: PELEGA HATI

Semalam saya ada terdengar satu tazkirah menarik di radio #IKIM. Ustaz itu menyampaikan satu point yang sangat menarik, yang sebelum ini saya belum pernah mendengarnya.

Ustaz itu kata,

"Orang lelaki ini, kalau kita dapat jaga beberapa kehendak utama dia, maka segala masalah yang berlaku adalah masalah kecil bagi dia. #Dan beberapa perkara ini mesti dicari oleh para isteri sebab tak sama mana-mana lelaki,"

Ustaz itu kata, tak banyak mana pun. Hanya ada 3-4 benda sahaja.

Contohnya:

1. Ada suami nak isteri menemani dia di sebelah #setiap kali dia makan. Kalau isteri sedang sibuk nak buat kerja basuh pingganlah, sapu rumahlah, maka suami tiada selera makan. Selepas itu benda-benda kecil yang lain pun akan menjadi masalah sebab Qurratu Ain dia tidak dijaga.

2. Ada juga suami yang Qurratu Ainnya adalah kopi. Setiap kali pulang dari kerja, dia cukup bahagia kalau dihulur secara kopi panas sebelum sempat dia meminta. #Dia senyum, dia lega, bertambahlah kasih sayang.

Kadang-kadang, ada isteri yang tak nampak, sampaikan suami ke dapur sendiri buatkan air.

3. Boleh jadi juga Qurratu Ain suami adalah bila isteri#suka teman atau melayan hobi suami. Temankan dia berkebun ke, bersihkan akuarium ke dan sebagainya. Tidak semestinya jadikan hobi suami itu hobi kita juga, cukup sekadar temankan, beri idea dan layan.

Ini hanyalah contoh sahaja, bergantung pada suami. Apa yang dia suka. 3-4 perkara paling penting.

SITUASI

Ustaz cerita, dia pernah ternampak seorang isteri marah-marah (membebel) pada suaminya di depan orang ramai. Tetapi suaminya tetap #tersenyum seperti tiada apa-apa yang berlaku. Tidak melenting, tidak mengamuk, sebaliknya hanya relaks sahaja.

Semestinya itu bukan perkara baik dari seorang isteri. Tetapi melihat tindakan suaminya yang tidak memberikan respon negatif, ustaz percaya bahawa si isteri ini berjaya menjaga Qurratu Ain suaminya yang mana beberapa kehendak utama suaminya terjaga. Maka masalah-masalah lain dirasakan kecil dan boleh diselesaikan.

Alangkah indahnya jika isteri dapat menjaga #Qurratu Ain suaminya. InshaAllah selesai beberapa perkara besar dalam rumah tangga.

Masalahnya, kadang-kadang orang lelaki ini pun tak tahu apa yang dia mahu. Jadi, kita perlukan kaji dan perhati apa yang mampu buat suami rasa terjaga, senang hati,# mood jadi baik. Kadang-kadang benda kecil-kecil ini, kesannya besar.

Apa pun, ini sahaja belum cukup untuk menjamin kebahagiaan pasangan. Perlu ada kasih sayang, hormat menghormati, percaya, amanah dan lain-lain. - Ruqayyah Farhani



Kisah Benar!!! Kerjaya aku sebagai JURURAWAT TERLETIH U29...



Mula-mula aku isi borang nak jadi jururawat di #SPA8. Aku pada masa itu hanya ikut-ikut member saja. Kesudahannya, member yang beria-ria nak jadi jururawat, tak ada rezeki. Aku pula yang mendapat tawaran.

Punya degil tak nak jururawat, pergi sesi temuduga, aku pakai selipar. Dalam bilik temuduga, panel temuduga cuma tanya aku, "Tolong sebut jantung dalam English,". Dalam hati aku, "Itu saja yang dia tanya?".

Sebulan selepas itu, dapat surat yang tertulis di depannya, "Utusan Seri Paduka Baginda" (Surat tawaran kerja). Tajuknya, "Tawaran Mengikuti Latihan #Separa Perubatan Jururawat Terlatih U29".

Air mata menitik, bukan sebab gembira tetapi sebab tak sempat nak sorok surat, kantoi pula dengan ayah. Nak tak nak, aku kena pergi latihan ini juga. Boleh bayangkan tak yang aku ini jenis degil, gangster kuat bergaduh bagai ini nak jadi jururawat?

Minggu pertama masuk kolej, aku dah menangis sebab aku tak reti lukis gambar tulang. Memanglah tak reti, kat sekolah belajar akaun, itu pun akaun cukup makan. Ini pula kena belajar anatomi manusia. Alahai!

Dalam minat tak minat, tiga tahun itu semuanya berjalan dengan lancar. Aku lulus peperiksaan dengan berjaya. Serius! Aku sendiri pun tak sangka akan berjaya.

Bila sudah masuk kerja, barulah aku faham yang kerja jururawat itu bukan sekadar menjaga pesakit sahaja. Memang lain sangat dari zaman aku sebagai student. Jadi, aku diagnoskan kerjaya aku sebagai JURURAWAT TERLETIH U29. #Sebab apa aku cakap macam ini, semua kerja atas kepala, bahu, tangan dan


kaki kau. Mata kau pula kena ada depan belakang kiri dan kanan.

Allah akan beri kau bermacam-macam jenis pesakit. Ada yang menghiburkan hati, ada yang menyakitkan hati. Ada yang boleh buat kau tersentuh hati. Aku ingat lagi kalau dapat jaga budak-budak muda. Dalam kita sedang sibuk, mereka panggil.

"Misi! Misi! Nak air,"

Kita yang sedang sibuk ini pun berhenti dan memandang dia.

"Nak air apa?"

Dia dengan selambanya menjawab,

"I Love You Misi!"

katanya menyambung gelak terkekek-kekek.

"Jaga kau! Aku cucuk pakai jarum besar!"

Selamba aku jawab begitu.

Bila kau jadi jururawat, saham memang tinggi dan jodoh datang bertalu-talu. Makcik, pakcik semua berkenan nak buat kau jadi menantu. Kadang-kadang 10 kali relatif yang sama datang tanya kondisi pesakit, rupa-rupanya nak usha nama pada name tag. Selepas itu berjaya pula dapat nombor telefon jururawat.

Tetapi jururawat seperti inilah, bila sudah sibuk sampai terlupa nak senyum. Kadang-kadang jururawat tengah stress sebab tengah menahan kencing. Bila kau jadi jururawat, kau kena jadi dermawan sebab bila kita dapat pesakit yang tiada relatif, doktor minta mereka berpuasa untuk operation. Sampai tengah malam, operation cancel dan pesakit pun terkebil-kebil tak ada apa nak dimakan. Jururawat mesti tak sampai hati tengok.

Jururawat keluarkan duit sendiri, suruh PPK belikan nasi goreng, milo ais sebungkus untuk diberikan kepada pesakit. Bila tengok dia makan selepas itu tidur lena, jururawat pun senang hati. Tetapi jururawat diam saja, tak beritahu sesiapa.

Esok pagi, bila relatif sampai, jururawat adalah orang yang pertama kena sembur bila diberitahu bahawa operation dibatalkan.

"Apsal operation boleh cancel?!"

Jururawat diam lagi sebab apa? Sebab bila menjawab, jururawat akan terus dilabelkan sebagai kurang ajar.

Jururawat adalah orang yang selalu ada saat-saat pesakit nak menghembuskan nafas yang terakhir. Jururawat adalah orang yang akan ajar mengucap. Kadang-kadang jururawat juga boleh mengalirkan air mata bila tidak dapat menyelamatkan pesakit. Tetapi bila ayah sendiri yang meninggal, jururawat tiada di sisi, jururawat sedih tetapi tahu bahawa ayah mesti bangga anak dia menjadi jururawat yang selalu menolong orang setiap masa.

Bila tiba raya, jururawat selalu mejadi orang yang menjeruk rasa. Pagi raya datang kerja dengan hati sebak bila dengar takbir raya. Seminggu selepas raya baru dapat jejak kaki di kampung. Tetapi tak mengapa, jururawat faham memang inilah pengorbanan mereka. Nak bergaduh suami isteri nak balik berada di mana pun tak sempat. Kalau dapat cuti raya, terkejar ke sana ke sini sebab katanya cuti tidak obleh lebih dari 5 hari. Jururawat pendam dalam sabar.

Anak-anak membesar dan sayang pengasuh sahaja. Sebab selepas habis kerja, jururawat kena atend cme. Balik kerja pun bukannya boleh tepat-tepat pada waktu walaupun datang kerja awal pada waktu. Sebab itu kadang-kadang orang luar tengok jururawat kerjaaan ini semuanya garang seperti singa sebab ramai yang sudah hilang seri dan tidak manis seperti gula. Jururawat dah sarat dengan bebanan tugas yang tidak tergalas lagi. Jururawat hanya fikir untuk kerja seperti robot bagi memuaskan hati semua orang tanpa mempedulikan hati sendiri.

Jururawat ini bagi aku adalah orang yang paling kuat semangat dan boleh tahan maki serta tahan pekak. Katalah apa pun, muka jururawat tetap seposen saja sebab kami jururawat terletih itu yang sudah tidak terdaya dan tiada pilihan. Kerjaya kami boleh kutip pahala dan dosa sekelip mata dan inilah punca rezeki kami. Walau macam mana pun layanan yang kami terima, tetapi KAMI SEDIA MEMBANTU.

Aku bangga menjadi jururawat sebab tidak semua orang boleh menjadi seperti aku, boleh buat pekerjaan aku, boleh cuci najis orang yang tiada pertalian darah dengan aku. Kalau kau rasa kerja aku kotor, kau silap. Sebenarnya hati kau yang kotor. Kalau kau datang ke hospital semata-mata nak mencari salah silap jururawat, kau fikirlah masak-masak suatu hari nanti kau tak akan menyusahkan kami semua saat terlantar tak dapat berbuat apa-apa.

Sebelum datang ke saudi, aku juga jururawat kerajaan. Jadi hati aku pedih kalau ada yang berkata tidak baik kepada mereka kerana kau pernah merasa apa yang mereka lalui. Mereka juga adalah manusia biasa yang tidak sempurna sama juga seperti kamu yang diperbuat dari tanah yang akan dikembalikan kepada Maha Pencipta.

Aku selalu berpesan kepada diri, kurangkan angkuh dan #mendongak ke langit kerana suatu masa nanti kita tidak tahu siapa yang sudi menolong kita.

Ayah, pilihanmu untuk aku menjadi jururawat, barulah aku tahu kau mahu aku menjadi insan yang selalu bersyukur atas segala-galanya. Yang punya insan atas sesama makhluk yang mendidik rasa sabar aku dan boleh bangkit berkali-kali bila jatuh dan yang selalu ingatkan aku pada kematian. -


ZALIM !!! Bayi didera dahulu sebelum ditanam hidup-hidup


WILAYAH KHON KAEN, THAILAND - Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui dalam tanah oleh orang awam yang kebetulan melalui kawasan berkenaan, Selasa lalu.

Menurut individu yang menemui bayi itu, lebih kurang pada jam #5 petang, dia terdengar bunyi pergerakan berhampiran dan menyangka ia mungkin bunyi dari ular ataupun cicak. Setelah diperiksa, alangkah terkejutnya dia menemui sekujur tubuh kecil yang masih bertali pusat ini ditanam dalam tanah di bawah sebuah pokok.

Difahamkan, bayi malang ini cuba ditanam hidup-hidup oleh ibunya sendiri. Namun hanya ditanam pada kedalaman 20 @sentimeter, menjadikan bayi ini masih ada ruang untuk bernafas seketika sebelum diselamatkan oleh penduduk.

Terdapat beberapa kesan tikaman kecil di badannya yang dipercayai ditikam dengan objek tajam. Bagaimanapun, si kecil ini selamat kerana luka itu tidak begitu dalam.

Orang awam segera membawa bayi berkenaan ke Hospital Waeng Yai untuk mendapat rawatan segera.

Doktor hospital memaklumkan berkemungkin mangsa didera sebelum ditanam hidup-hidup, kerana terdapat kesan-kesan yang menunjukkan mangsa didera. Bagaimanapun keadaan bayi itu kini stabil.

Siasatan pihak polis juga berjaya menemui kesan tayar motosikal, kesan darah dan secebis pakaian yang dipercayai milik suspek.

Polis kini sedang giat mendapatkan maklumat dari orang awam bagi mengesan suspek untuk didakwa di mahkamah.


WOW !!! Sungguh unit rumah pemilik YTL Corporation ni ( 8 Gambar)

Tan Sri Yeoh Tiong Lay adalah pemilik kepada syarikat konglomerat #YTL Corporation. YTL Corporation terkenal dalam industri pembinaan, perhotelan dan banyak lagi. Pada tahun 2015, beliau adalah orang ke-7 terkaya di Malaysia dengan jumlah harta USD2.8 #billion (Lebih kurang RM11.8 billion).

Syarikat YTL bermula dengan industi #pembinaan pada tahun 1955 dan kini berkembang di serata dunia. Dikatakan 70% pendapatan syarikat itu adalah dari luar negara.

Berkenaan rumah #kediaman Tan Sri YTL ini, rumah ini didiami

tiga generasi keluarga beliau direka di atas tanah berkeluasan #3,000 meter persegi. Ianya direka oleh pereka dari Perancis, Patrick Jouin. Patrick sebelum ini membuat hiasan dalam untuk restoran hotel Plaza Athenee di Paris, di mana keluara Yeoh sangat suka dengan rekaan hiasan dalaman pereka itu. Patrick mempunyai pengalaman bekerja dengan pereka legenda Philippe Starck, bergandingan dengan Sanjit Manku untuk membina rumah kediaman #YTL ini.

Rumah ini mempunyai mempunyai 9 bilik air, setinggi tiga tingkat, ruang tamu yang luas, kolam mandi dan bilik tetamu. Rumah yang cool ini memang unik danone of a kind. Sebagai antara peneraju dalam industri pembinaan, semestinya YTL #mahu rumahnya lain dari yang lain. Jom lihat dengan lebih lanjut rekaan dalam rumah YTL ini...










Tahun lepas 9 kali, tahun ini pula sudah 3 kali. Semalam kemuncak cerita di mana jam 1 pagi..


Pertamanya, saya ingin memohon maaf. Bukan bertujuan mahu mengaibkan mana-mana pihak, namun kisah ini perlu dijadikan sebagai iktibar#.

Kita boleh tutup mata, tetapi hati kita tidak lega untuk melihat sahaja. Ini kisah masyarakat kita. Natijah daripada nilai masyarakat kita juga.

Kisah ini pernah viral tahun lepas. Terima kasih Siakap Keli dan Berita Semasa. #Aku tak popular pun kalau menjaja cerita. Aku lebih suka dikenali jika menempa kejayaan yang hebat, bukan dengan cerita picisan.

Pihak sekolah telah melakukan segala apa yang terdaya. #Dengan izin Guru Besar, kami terpaksa meminta bantuan pihak berkuasa.


Tahun lepas 9 kali, tahun ini pula sudah 3 kali. Semalam kemuncak cerita di mana jam 1 pagi, bapa Hajar masih belum muncul #tiba.

Bayangkan anak kecil ini 5-6 kali tidur bangun, tetapi ayahnya masih tidak sampai-sampai. Kasihan Hajar.

Prestasinya di sekolah juga amat teruk, jiwanya keras memberontak. #Dia tidak hairan pada sesiapa pun kerana dia sudah biasa. Tetapi dia baru berusia 8 tahun, belum kenal dunia ini sepenuhnya. Bayangkan 10 tahun lagi di mana Hajar akan berada? Apa akan jadi dengan Hajar?

Mujur ada Pengawal Keselamatan kami sangat prihatin. Bukan kerja dia mengasuh budak.

"Terima kasih Rani, hang adalah hero. Aku rasa gaji hang perlu dinaikkan 10 kali ganda,"

Telefon bapanya berkali-kali, namun tidak dijawab. Sah, ini mesti bapanya tengah tidur.

Aku, ustaz Mi, ustaz Faizal dan Cikgu Jasni tunggu dengan penuh kesabaran yang ada hadnya. Akhirnya kami nekad menghubungi polis. Iyalah, kalau telefon Talian Nur, siapa yang nak datang.

Sudah sampai tengah malam, takkan nak tunggu sampai pagi, kami juga bekerja esok hari. Mujurlah ada tiga pegawai polis peronda ini datang meronda dan escort kami menghantar Hajar balik.

Bukan boleh suka-suka bawa balik anak orang ke rumah untuk dibuat anak angkat. Ini budak, kalau bapa dia 'lipat' cerita? Yang masuk ke dalam lokap, kami. #Kalau aku bawa naik kereta, kemudian bapa dia datang tengok anak dah tak ada, dia tuduh aku bawa lari, mendapat aku.

Jadi, jam 1 pagi kami hantar Hajar pulang ke rumahnya sambil diiringi oleh tiga polis peronda yang kacak itu. Jadi, Hajar pulang dengan selamat. Tetapi sampai bila? Entah sebulan dua mungkin akan kembali terjadi lagi.

Aku balik terus menatap wajah Aeesya yang sebaya #Hajar sedang tidur nyenyak, siap berselimut. Aku buka gambar Hajar tengah duduk atas kerusi depan pondok jaga memandang kegelapan malam. Kolam mata aku bocor beb. Berhambur tak mampu nak tahan. Walaupun aku bermisai, berjanggut dan muka bengis, tetapi hati aku macam tisu yang dikoyak-koyak.

Maafkan aku sebab terpaksa cerita, aku kena cerita sebab ini kisah di #celah-celah kehidupan kota. Jangan kecam Hajar dengan bapanya kerana kita tidak tahu apa yang mereka alami dan harungi. Aku cuma mampu berdoa agar Hajar menjadi anak yang baik. - Cikgu Zahran


KISAH BENAR !!! Kerana janda berhiaslah, saya hilang minat pada awak dan anak-anak...

Saya dan suami bukan berasal daripada #keluarga yang berada. Namun, atas berkat kesabaran, doa dan tawakal, daripada berkongsi satu gelas plastik di bilik sewa di perkampungan setinggan, kini kami sudah memiliki tiga buah rumah dan tiga orang anak.

Namun, langit tidak selalunya cerah bila mana kebahagian# rumahtangga kami hanya berkekalan seketika sahaja.

Dahulu, suami selalu pulang dengan senyuman dan pelukan mesra. Namun, setelah lebih 25 tahun bersama, suami sudah berubah sikap.

Dahulu, walaupun bergaji empat angka, suami selalu mengajak saya dan anak-anak bercuti ke sana sini. Namun, semenjak anak semakin meningkat dewasa, hanyalah kedinginan dan perang mulut antara suami dan anak-anak.

Dahulu, segala kelengkapan rumah dipenuhi bersama. #Tetapi kini, biar pun gaji mencecah lima angka, suami dingin malah mengherdik kami setiap kali nafkah zahir diminta. Puas saya memikirkan, apa punca dia berubah seperti itu, entah di mana silapnya. Adakah kerana saya dan anak-anak terlalu membebankan dirinya?

DULU PENYAYANG & ROMANTIS, KINI DINGIN

Saya bukanlah mahu berkira, tetapi suami yang bergaji lebih besar harus memikul tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga, suami dan bapa kepada anak-anak. #Barang keperluan dapur tidak dibeli, ketiga-tiga rumah dan kereta juga ditanggung dengan gaji saya.

Tidak termasuk dengan keperluan anak-anak yang masih berada di IPT. Semuanya memerlukan perbelanjaan yang besar. Setiap kali saya dan anak-anak meminta, apa yang hanya kami dapat ialah caci maki dan kadang-kadang tamparan daripadanya. Hal kebajikan kami diabaikan. Perbelanjaan dapur juga diserahkan bulat-bulat pada saya. #Anak-anak pula terkontang kanting dibiarkan di asrama penuh institusi IPT masing-masing.

Setiap kali anak mengadu sakit, yang diberi hanyalah leteran yang panjang dan menyakitkan hati.

"Membazir duit aku je," itulah dialog suami setiap kali #ada antara anak-anak yang tiba-tiba jatuh


sakit.

Setiap kali berlakunya perbalahan antara suami dan anak-anak, saya hanya mendiamkan diri. Anak-anak yang menjadi pembelanya sering menjadi mangsa pukulan suami. Pernah sekali saya membuka mulut mengiakan kata-katan anak-anak, namun saya pula yang menjadi mangsa seterusnya.

Pada suatu hari, saya ditakdirkan jatuh sakit. Pada mulanya, dia tidak ambil peduli. Daripada hanya sakit pinggan dan belakang, kini sakitnya terasa ke seluruh badan. Akibat terlalu sakit, saya tidak dapat melelapkan mata.

Suami pula enggan mempedulikan saya, dia hanya mementingkan gajetnya. Saya yang sedang sakit dibiarkan di sudut katil menahan rasa sejuk dan sakit yang menyelubungi seluruh tubuh.

Apabila saya mengerang sedikit, dia memandang saya dengan pandangan yang penuh meluat dan kebencian. Seolah-olah saya seorang penagih dadah yang meminta nyawanya pada ketika itu.

Suhu bilik yang terlalu sejuk menyebabkan saya terpaksa beralih tempat tidur ke ruang tamu. Manakala suami hanya dibiarkan dalam bilik tidur.

Anak sulung datang menjengah saya yang terbaring di ruang tamu. Jam 1 pagi, anak sulung mengurut seluruh tubuh dan cuba memujuk saya untuk tidur.

Suami tibat-tiba keluar dari bilik memandang kami berdua dengan ubat pandangan biasa dan terus berlalu ke dapur untuk menjamah sedikit makanan. Wajah anak yang menahan rasa mengantuk ditatap kosong. Wajah saya yang menahan kesakitan dipandang rasa.

Sampainya hati suami, berpuluh tahun saya setia, inikah balasan daripadanya untuk saya? Saya yang mengandungkan anak-anaknya, saya jugalah yang berdiri di sisinya memberikan kata-kata semangat setiap kali dia terjatuh.

Makan pakainya juga saya jaga. Tempat tidur dan keperluannya saya penuhi dan saya tidak pernah meminta apa-apa dari suami selama ini. Hatta seurat gelang emas sekali pun. Namun, tatkala saya mengharapkan simpati suami yang diberi hanyalah pandangan penuh benci.

Hampir sejam anak sulung mengurut tubuh saya dan sempat saya ucapkan terima kasih dan menyuruhnya masuk tidur. Manakala saya pula menyambung kegelisahan di ruang tamu.

Sehinggalah jam 4 pagi tadi, saya meminta suami membawa saya ke klinik kerana tidak mampu untuk memandu sendirian. Namun, apa yang dibalasnya lebih mengejutkan.

"Kenapa? Dah nak mati ke? Sakit sangat ke sampai tak boleh tunggu pagi esok?"

Suami menyoal bertalu-talu apabila saya memilih untuk diamkan diri. Tanpa berfikir panjang, saya terus mencapai tudung dan beg tangan. Saya tinggalkan suami dalam keadaan menyinga dan memandu bersendirian ke hopsital.

"Hati saya hancur lagi..."

Tiba di hospital, saya melalui proses saringan sendiri tanpa kehadiran suami. Suami saya tidak peduli. Yang ada di dalam dunainya hanyalah dia seorang . Bukan #lagi si isteri dan anak-anak.

Meskipun binggung dengan perubahan diri yang semakin lama semakin ketara, namun saya tetap tidak berputus asa. Saya tunduk kepada Allah sentiasa. Meminta petunjuk dan peluang unuk memperbaiki hubungan dan rumah tangga kami.

Doktor mengesahkan saya mempunyai penyakit batu karang dan perlu ditahan di hospital. Perkhabaran doktor itu membuatkan saya tertunduk. Serba salah rasanya hendak meninggalkan rumah dan anak-anak begitu sahaja.

Akhirnya saya memohon untuk pulang ke rumah terlebih dahulu untuk mengambil barang dan kelengkapan yang diperlukan sewaktu di hospital. Suami pula entah hilang ke mana tanpa khabar dan berita sejak saya keluar dari rumah awal pagi tadi. Saya juga tidak bertanya dan dia juga tidak menghubungi saya untuk bertanyakan keadaan saya.

JADI BERHIAS JADI PUNCA RUMAH TANGGA RETAK

Jam 2 petang, saya memandu kereta masuk ke ruang parkir rumah. Kereta suami masih di bawah teduhan di hadapan rumah. Suasana hening seketika, anak sulung tiada di rumah pada ketika itu kerana ada kuliah di universiti.

Saya menuju ke bilik tidur, terdengar suara suami tergelak kecil sebelum menyambung kembali perbualannya dengan seseorang. Saya menjadi kaku sebentar, lalu secara senyap-senyap saya menyusun langkah menghampiri pintu bilik yang sedikit terbuka.

Alangkah cerianya dia dan bersahaja melayani panggilan telefon. Di corong, terdengar suara manja seorang wanita lain yang ketawa mendengar jenaka dari suami saya sendiri menjadikan hati ini meluap-luap dan cemburu dengan tiba-tiba. Pada ketika inilah syaitan pantas menjalankan kerjanya, membisikkan bisikan-bisikan hasutan yang boleh membuatkan saya hilang pertimbangan. Namun, segera saya beristighfar dalam hati dan cuba menenangkan perasaan yang kian membara.

Sebaik sahaja suami menyusun langkah ke dalam bilik mandi, saya terus meluru ke meja solek dan memeriksa telefon bimbitnya. Cepat-cepat ditekan butang 'home' bagi mengelakkan skrin terkunci secara otomatik.

Saya buka ruangan WhatsApp dan tekan perbualan terbaru yang paling atas tanpa berfikir. Terpampang wajah seorang wanita berambut kerinting dan bersolek tebal. Nama perempuan itu Sue Mona. Perbualan antara mereka penuh dengan ayat-ayat cinta yang berbaur lucah.

Pandangan saya menjadi gelap serta merta, seluruh dunia terasa ligat berpusing dan saya hampir terjelepuk ke lantai. Mujur sempat berpaut pada meja solek di sisi.

Terdengar bunyi pergerakan di luar, suami terus keluar dari bilik air dan meluru ke arah saya dan cuba merampas telefonnya di tangan saya. Sewaktu bergelut, dia menolak saya sampai terjatuh ke meja solek. Dia sanggup membelakangi saya sebagai isterinya yang selama ini sentiasa bersusah payah deminya untuk seorang wanita yang lain.

Saya hilang pertimbangan, tembok kesabaran yang selama ini bertahan kukuh telah runtuh dan rebah ke tanah. Suami yang selama ini disanjung, ditengking dimarahi tanpa sedar. Setelah beberapa kali mendesak, akhirnya dia membuka mulut.

"Kami sudah bertemu dan bersama sejak 7 tahun lepas. Dia janda berhias yang sudah mempunyai enam anak. Hubungan kami hanyalah untuk berseronok saja. Dan kerana janda berhiaslah, saya hilang minat pada awak dan anak-anak," jelasnya.

Setelah diselidik, rupa-rupanya sudah banyak wang suami dihabiskan untuk si janda itu selama ini. Daripada rumah, kereta dan barang perhiasan sehinggalah keperluan anak-anak wanita itu ditanggung oleh suami saya.

Selama ini saya dianiaya oleh suami sendiri. Anak-anak pula menjeruk rasa. Saya biarkan kali ini dia membuat pilihannya sendiri. Jika janda itu pilihannya, saya dan anak-anak rela mengundur diri demi kebahagiaan suami


Gadis Nafi Diculik, Tapi Lari kerana Cinta Tidak Di Restui



SEPANG - Seorang# gadis yang dilaporkan dilarikan oleh

teman lelaki di hadapan #Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL), Kajang, kelmarin akhirnya tampil menafikan bahawa dirinya diculik.

Gadis yang berusia 20 tahun itu membuat laporan polis #dan mengaku keluar bersama teman lelaki untuk bersiar-siar di sekitar kawasan Bangi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Abdul Aziz Ali berkata, #mangsa tampil membuat laporan polis dan membuat penafian yang dia telah diculik. Ekoran itu polis menklasifikasikan kes itu sudah selesai.

Menurutnya, gadis berkenaan mungkin #berdepan dengan masalah hubungan cinta yang tidak dipersetujui oleh ahli keluarga


Belia Sahut Cabaran Menteri kerja dengan gaji RM800 ....


Jika sebelum ini, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid #Hamidi mencabar belia untuk melibatkan diri dalam sektor 3 D (dirty, difficult dan dangerous) jika tidak mahu pekerja asing dibawa masuk dan dia akan mengusahkan kenaikan gaji sektor berkenaan , kini sudah ramai belia Malaysia menceburi bidang berkenaan, lapor portal Malaysiakini.

Sebelum ini, ramai belia tidak berminat untuk menceburi sektor 3 #D ini bukan kerana kerja berkenaan #kotor tetapi gaji asas yang ditawarkan terlalu kecil yang tidak lagi relevan dengan keadaan semasa.

Seorang pemuda, Azrolnizam Sidek #yang menyahut cabaran bekerja sebagai tukang cuci longkang menyatakan gaji kerja barunya ini hanya RM800 sebulan tidak cukup untuk menampung kos sara hidup yang semakin tinggi.



"Saya cabar beliau untuk ubah keadaan ini. #Naikkan gaji minumum daripada RM800 kepada kadar munasabah. Saya sendiri sudah menyahut cabaran timbalan perdana menteri,"katanya kepada Malaysiakini.

Ramai menyangka, kebanyakkan graduan berpendidikan tidak akan menceburi #bidang ini, tetapi tahukah bahawa Azrolnizam, 24, ini memiliki diploma pengurusan perniagaan dan dia pernah bekerja sebagai pereka grafik dan menjadi sebahagian daripada jutaan warga Kuala Lumpur sejak 2014.

Namun, pada November lalu beliau terpaksa berhenti kerja demi menjaga bapanya yang uzur.

Dalam pada masa yang sama beliau yang mahir di dalam bidang fotografi membuat kerja sambilan sebagai jurugambar tetapi pekerjaan tersebut hanya bermusim.


#Foto: Instagram Azrolnizam
Antara Disember hingga Januari dia mencuba nasib menjadi penoreh getah tetapi dengan harga getah yang jatuh teruk sehingga RM1.55 sekilogram itu membuatkan beliau terpaksa mengalah.

"Nak makan apa dengan pendapatan begitu?" katanya.

Kini, belia ini bekerja sebagai pencuci longkang di sebuah kilang simen di Negeri Sembilan di mana dia dan pekerja lain akan berjalan sejauh lapan kilometer setiap hari untuk mencuci longkang demi mencari rezeki.

"Belia negara ini juga bukan pemalas seperti disangka sesetengah orang," katanya merujuk kepada kenyataan dikeluarkan anak Ahmad Zahid, Datuk #Nurulhidayah sebelum ini.

Menurut Azrolnizam, dia mempunyai diploma tetapi menyahut cabaran Ahmad Zahid bagi membuktikan bahawa ramai belia tidak terlibat dalam sektor ini bukan kerana malas,

"Salah seorang pekerja yang bersama-sama saya mencuci longkang sekarang adalah remaja lelaki yang baru menghabiskan peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia)," katanya.

Buat masa ini Azrolnizam adalah pencuci longkang 'profesional' dan sesekali menjadi jurugambar apabila ada permintaan.

"Kalau tak percaya, pergilah lihat Instagram saya, @azrolnzam," katanya.


Dulu Kuih Bahulu kini Lipstik pula dijual dengan bentuk k3-Malu-an lelaki ... mana pergi rasa malu ???

KUALA LUMPUR : Setelah Kuih berbentuk #k3-malu-an lelaki menjadi viral dilaman sosial, kini wujud pula Lipstik yang mempunyai bentuk yang sama.

Tindakan seaorang gadis dari Kelantan memuat naik #gambar mempromosikan gincu bibir yang berbentuk k3-malu-an lelaki di akaun Facebook miliknya dilihat tidak sensitif terhadap budaya di negara ini dan ini telah menjadi viral di media sosial dan mendapat perhatian netizen.

Gadis tesebut sanggup menukar ‘cover photo’ #facebook semata – mata mahu mempromosikan lipstik tersebut.

Pengguna facebook telah menyifakan gadis berkenaan mempromosikan Lipstik berkenaan yang berjenama Diamond Dreams sebagai gatal dan tidak sopan tambahan pula beliau merupakan seorang wanita.

Malah SuaraTV turut gagal untuk menghubungi #beliau bagi mendapatkan komen lanjut berkenaan isu berkenaan.

Terdahulu, seorang wanita telah dikecam di laman sosial kerana gara-gara memuat naik gambarnya bersama kuih yang berbentuk k3-malu-an #lelaki dan gadis berkenaan telah membuat laporan polis berkenaan itu terbabit.


VIDEO !!! Trend Raver dengan tarian Boek Dance dah macam cacing kepanasan...


Kalau beberapa tahun lepas ketahian budak2 baru nak up adalah hot stuff Pavi bani Hudson dan Evans, kemudian diikuti dengan bani K-Popperz dan bani #WeChat, kini muncul satu lagi trend sampah yang popular di kalangan budak2 baru nak up bani Melayu iaitu trend Raver dengan tarian sotong cacing ulat gonggok kepanasan tengah tebar roti canai yang mereka gelar Boek Dance. Serius, apa kejadahnya semua ni?

Khabarnya bani Raver ada pertempuran dengan bani Hipster hari Sabtu tadi. Tak tahu apa benda yang mereka gaduhkan. Mungkin mereka ingat boleh syahid #demi memperjuangkan tarian Boek.


Seriously, Google atau cari sahaja di Youtube keyword Boek #Dancer dan muncullah video2 tahi ini. AMARAN - Mungkin anak, adik, anak saudara, sepupu sepapat anda juga ada dalam video ini.



Arial, Helvetica, sans-serif;">Fenomena ini melanda budak2 sekolah rendah sampai menengah rata2 yang duduk kat bandar2 besar seperti Kuala Lumpur, malah dengan bangangnya ada yang menari dalam kelas time cikgu ada dalam kelas. Tak tahu sama ada budak itu memang bangang atau cikgu sekarang tak berani nak tegur budak2.

Lebih malang lagi apabila sekolah mengiktiraf tarian bodoh ini dengan membenarkan ia dibuat persembahan pentas.

Aku perasan persamaan budaya bangang ini adalah kebanyakan video tarian Boek ni berlatar belakangkan rumah flat dan PPRT. Malang sekali anak2 melayu kita lebih2 lagi yang berasal dari keluarga yang tak berapa senang terpengaruh dengan budaya sampah ini. Kesian pada mereka, kesian lagi pada mak bapak mereka. Mak bapak sibuk update status kat Fesbuk pasal kos sara hidup, anak2 buat perangai sampah.

Tarian Boek ini dikatakan berasal dari tarian Tecktonik yang sering ditarikan di kelab2 malam dan disko di negara2 Eropah sambil mendengar lagu2 #eletro atau techno.

Ini baru sedikit yang dipaparkan, aku dah tak boleh nak tengok semua. Aku tak tahu bagaimana budaya bodoh ini boleh mula popular, namun anggaran aku dalam sekitar tahun lepas berdasarkan tarikh video2 Boek dance di Yutube. Dan kat mana lagi #mereka akan guna tarian2 bodoh ni kalau bukan untuk clubbing di kelab2 malam dan kelab rave?

Kesian aku tengok budak2 melayu ni. #Daripada melayan budaya sampah macam ni, lebih baik dalami ilmu2 agama, tak pun masuk persatuan silat, atau belajar lukis komik, tulis novel, paling tidak masuk tarian kebudayaan seperti zapin, join kumpulan teater, atau main sukan mainstream seperti bola sepak, badminton ataupun sukan extreme seperti skateboard dan parkour dan sebagainya, janji bukan benda2 bodoh yang sepatutnya tak harus wujud pun di kalangan BANI MELAYU!

Mak bapak terutama yang duduk bandar dan kawasan perumahan flat/pangsa yang penuh orang melayu ni, tolonglah pantau anak korang, pantau kegiatan diorang, pantau dengan siapa mereka berkawan, malam2 keluar naik motor buat apa pergi mana, jangan bagi diorang keluar tengah2 malam dan pagi2 buta. Kalau nampak anak korang ada buat gerakan tangan pelik2 tu, jangan peliklah kalau mereka dah pernah pergi rave party kat kelab, pandai2lah korang ajar mereka.

Aku percaya budak2 pandai dan cemerlang dalam pelajaran takkan buat benda2 bangang ni. Selalu mereka yang kurang bijak dan tercicir dalam pelajaran je yang mudah terpengaruh dengan budaya2 sampah macam ni. Bagi aku tidak mengapa jika tidak berapa bijak dalam pelajaran dan akademik, asalkan bukan buat benda2 sampah.

Serius, masa aku baya2 diorang apa aku buat ya? Belajar, baca komik, melukis, belajar petik gitar, main basketball, main game, main basikal, dengar lagu pakai walkman, main perang2 lepas prep. Bapak skema kehidupan kanak2 dan remaja aku. Nak menangis aku tengok video budak2 ni.

Sayang, daripada mereka buang masa terlompat2 terkinja2 dengan tarian macam ni, lebih baik belajar bancuh simen ke, potong rumput ke, turap jalan tar ke dan lain2 kerja yang boleh beri sumbangan dan bakti kepada masyarakat, sekurang2nya lepas habis sekolah nanti bolehlah jadi pekerja mahir dalam bidang 3D, takdelah nak harapkan warga Bangladesh.

Tapi jika macam inilah gayanya anak2 muda kita, tak mustahil 3 4 tahun lagi 3 juta Bangladesh lagi akan diimport. Syabaslah anak muda... syabas. Dah tua nanti korang tengok balik video2 korang ni ye.,,SUMBER


Luahan Seorang Doktor..."Mati-mati aku ingat baby sudah tiada..."


"Doktor, ada case dari resus. Induce abortion," kata senior nurse.

"Oh, okay," jawabku #sambil kepala ligat berfikir.

Tidak lama selepas itu, patient sampai #PAC, aku mula membelek resus notes.

"18 year old, unmarried, student. Took misoprostol per vaginally 5 tablets last night and 4 tablets this morning. Misoprostol given by partner. Presented to hospital today, due to pain".

Brief history yang membuatkan aku terbayang betapa dahsyatnya manusia. Dalam kepala aku pada masa itu,


baby mesti sudah tiada, mesti sudah gugur. 9 biji misoprostol in less than 12 hour gap. Bila tengok scan result, "Fetal heart activity seen".

Mata aku kabur, pipi aku panas. #Mati-mati aku ingat baby sudah tiada. Tetapi nak cakapnya, tiada setitis pun darah yang keluar. Betapa Allah nak menunjukkan kuasa Dia hari ini di depan mata aku. Betapa rakusnya manusia mahu membunuh bayi di dalam rahimnya, takkan terdaya kalau Allah mahu bayi itu terus hidup.

Dan aku just tak boleh tahan takung dada bila aku terbayangkan baby itu di dalam perut. Benda bernyawa weh! Apa dia rasa?

Aku pun mula memeriksa patient.# Pakar pun tiba dan turut serta memeriksa. Aku tengok beberapa kali doktor pakar hampir hilang sabar bila patient macam acuh tak acuh tak nak jawab dan sesekali bersikap biadab ketika menjawab soalan.

"Kita nak tolong awak ni, awak kena jawab soalan. Apa nak jadi dengan awak ni? Mak ayah awak tahu tak ni? Awak tak nak bayi ini dah eh selepas ini? Rahim awak boleh pecah tahu tak? Kami sebagai doktor nak guna ubat ini pun takut," kata doktor pakar itu.

Kemudian patient discan sekali lagi. Again, fetal heart activity seen. Cukuplah moment sekejap ini untuk tunjuk kepada aku betapa #Allah itu Maha Berkuasa.

Tidak lama selepas itu, patient# naik ward. Aku dengar berita dari ward, baby itu selamat dilahirkan. 24 minggu (6 bulan), sudah cukup sifat pun. Tetapi kawan aku kata kondisi baby semakin lemah dan lemah.

Kasihan baby. Kalau benar Allah mahu kau hidup, #jadilah manusia dan belajarlah agama. Kalau Allah nak kau pergi, pergilah jauh dari dunia yang penuh dengan manusia yang tiada hati dan jiwa. Sebab saat kau dibunuh oleh mak ayah sendiri, Allah itu Maha Menyayangi. Rahmat Allah itu luas baby, walaupun seribu manusia membenci.

Dah tak mampu nak taip. Moga dosa tidak terbeban pada bahu sendiri. Yang Allah sudah berikan nikmat kefahaman agama and yet apa yang telah aku buat untuk umat ini?

Tidak cukup pun dengan hanya menjadi seorang doktor. Tidak cukup pun belajar pandai-pandai dan mendapat ijazah segulung. Balik kampung akhirat Allah akan tanya apa yang kau dah buat? Apatah lagi yang sudah disapa dengan tarbiyyah, dan apa yang kau telah buat?

Semoga hidayah sempat menyapa kita sebelum kita pulang #kepadaNya. Dan moga Al Hadi sudi mempimpin langkah-langkah rapuh kita.

“Katakanlah: “wahai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az Zumar: 53)


Suami keluar cari rezeki.. Isteri Keluar cari BANGLA.. apa nak jadi ni.....

Kejadian ini berlaku di Rahang #Negeri Sembilan. bahana menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki Bangladesh hingga terlanjur ke bilik tidur, seorang wanita berstatus isteri orang dicekup jirannya.

Jiran-jiran mula curiga dengan tindakan#bangla ini. apabila selalu masuk dan keluar rumah wanita ini ketika suaminya tiada dirumah

Ketika dicekup wanita terbabit bersama teman lelakinya  warga bangladesh di rumah, #pasangan ini telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut



KISAH BENAR !!! Suami terpaksa menahan 2 godaan adik ipar semasa isteri tiada...


SAYA berusia awal 30-an dan #tinggal bersama mentua di Melaka. Kami terpaksa membuat pilihan itu kerana tempat kerja isteri berdekatan rumah mentua.

Saya pula bekerja sementara sebagai guru bahasa di #Melaka. Saya amat menyayangi isteri dan anak perempuan berusia lima bulan.

Isteri ada seorang adik lelaki dan dua adik perempuan# berusia 18 dan 14 tahun.

Selepas berkahwin, dua adik ipar saya itu sering mengganggu saya. Disebabkan bilik kami bersebelahan, adik ipar yang kedua sering masuk ke bilik saya dengan hanya memakai seluar pendek dan pakaian dalam ketika isteri saya tiada di bilik.

Apabila isteri berada di bilik, dia masuk untuk# meminta minyak rambut atau bedak. Dia juga pernah membuka pintu bilik air walaupun mengetahui saya sedang mandi dan tidak berpakaian.

Baru-baru ini, dia memberikan saya telefon


bimbitnya ketika itu telefon saya rosak.# Saya terkejut apabila dia mengirimkan mesej lucah yang ingin mengajak saya ‘bersama’.

Saya memulangkan semula telefon itu keesokan harinya. Perkara sama berlaku kepada adik ipar perempuan yang seorang lagi. Dia pernah berbogel di hadapan saya.

Dia juga pernah berpakat dengan kawan sekolahnya seramai empat orang untuk mengganggu saya. Disebabkan saya mengajar tidak jauh dari sekolahnya, saya ada menawarkan diri untuk menghantar serta mengambilnya dari sekolah.

Rancangan mereka diketahui isteri apabila #salah seorang daripada mereka memberitahu kami dan adik perempuan isteri saya itu dipindahkan ke sekolah lain.

Saya dilarang isteri membawa adiknya seorang diri. #Bagaimanapun, saya anggap mereka seperti adik kandung sendiri yang masih jahil. Saya tidak mahu mengambil kesempatan ke atas mereka.

Masalah timbul apabila isteri sering menolak ajakan saya untuk bersama selepas melahirkan anak pertama. Ia menyebabkan saya kecewa dan takut akan terbabit dengan maksiat.

Apa yang perlu saya lakukan untuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak diingini? Sebelum ini, saya dan isteri pernah terlanjur dalam tempoh bertunang dan saya amat menyesali perkara itu dan berjanji tidak akan #mengulanginya.

Mungkin itu ujian Allah bagi menguji kebenaran janji umatnya.

SUAMI SETIA,
Johor

ISLAM adalah agama yang komprehensif dan lengkap. #Kes seperti di atas sudah dijangka apabila Rasulullah s.a.w sendiri menasihati setiap Muslim supaya sentiasa menjaga maruah diri dengan tidak duduk berdua-duaan dengan sebarang wanita.

Ini termasuk juga dengan adik ipar dan keluarga terdekat. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jangan kamu sekalian masuk ke dalam (ruang) wanita. Salah seorang Ansar bertanya, “Ya Rasulullah, bagaimana dengan saudara ipar (al-hamu)?” Rasulullah menjawab, “Saudara ipar adalah kematian.” (Bukhari, Muslim, Ahmad).

Kematian di sini bermaksud keadaan yang tersangat bahaya kerana perbuatan berdua-duaan itu boleh membawa kepada dosa seperti zina, tuduhan jahat dan berlaku perpecahan keluarga apabila perkara tidak diinginkan berlaku.

Pada kebiasaan, masyarakat #lebih berhati-hati dengan orang asing tetapi tidak apabila sesama keluarga sendiri. Mereka mengambil mudah dan kadang-kadang terlepas pandang dengan ahli keluarga sendiri.

Sebab itu, Rasulullah memberi amaran seperti di atas. Saudara sepatutnya lebih cermat dalam hubungan antara ipar supaya tidak mudah tergoda. Sebaik mungkin saudara hendaklah mengelak daripada tinggal berdua di rumah.
Nafsu dan syaitan sentiasa mencari kesempatan memerangkap anda.

Anda sekeluarga sepatutnya pindah ke rumah yang lain supaya sebegitu tidak terus berlaku. Perasaan anda hendak dinyatakan kepada isteri terutamanya keinginan seksual.

Isteri pula hendaklah sentiasa memenuhi tanggungjawab melayan kehendak seksual suami apabila diminta. Mengabaikan tanggungjawab itu boleh meretakkan hubungan suami isteri.

Seterusnya dosa yang lampau hendaklah dihilangkan dengan bertaubat kepada Allah. Saudara hendaklah berazam untuk tidak lagi melakukan dosa seperti itu lagi.

Hanya kepada Allah saja tempat kita mengadu dan Allah yang menjaga kita. Banyak berdoa semoga diampuni dan tidak lagi terjerumus dalam dosa lalu.


Sumber


Cara Paling GILA untuk mencuri ayam yang berlaku di sebuah pasaraya

Gila cara mencuri yang paling giler dan boleh membawa maut.








PELIK !!! Kucing bermuka DUA ditawarkan harga tinggi selepas menjadi viral di media sosial (2 Gambar)

KUALA NERUS: Empunya kucing #bermuka dua yang viral di Facebook baru-baru ini berkata ramai yang menawarkan untuk membeli kucing ajaibnya itu.

"Ramai yang menawarkan untuk membeli dan menjaga kucing bermuka dua selepas cerita mengenainya menjadi viral di Facebook dan aplikasi #WhatsApp, sejak Ahad lalu," kata Siti Ruszaihaa Mamat, 28, dari Kampung Teluk Ketapang, di sini.

Bagaimanapun, Siti Ruszaihaa Mamat, 28, berkata dia mengambil keputusan untuk membelanya dan berharap ia dapat membesar dalam keadaan sihat seperti kucing lain.

Ruszaihaa, dari Kampung Teluk Ketapang berkata, ketika kucing berkenaan dilahirkan pada Sabtu lalu, dia menyangkakan anak kucing itu sudah mati, namun terkejut apabila ia mengiau sebaik sahaja diangkat.

 "Ibu kucing berkenaan yang dipelihara sejak setahun lalu, turut melahirkan seekor lagi anak kucing yang normal," katanya sebagaimana lapor #BH Online.

Menurut Ruszaihaa juga, ibu kucing kepada kucing itu turut membiarkan anak kucing ajaib itu bersendirian.

"Bimbang ia tidak dapat bertahan lama, saya mencari susu formula dan membawanya ke Klinik Veterinar Daerah di Bukit Kecil untuk mendapatkan rawatan untuknya.

"Alhamdulillah, keadaan anak kucing ini bertambah sihat dan klinik memberi ubat sapu bagi mengelakkan jangkitan kuman," katanya yang memberikan kucing itu nama Si Tuah.

Pegawai Perubatan Veterinar Kuala Terengganu, Dr. Khairul Anwar Mohamad berkata, kes kucing terbabit dirujuk kepada pihaknya pada Ahad lalu dan# hasil pemeriksaan mendapati ia normal. Namun kucing tersebut bergantung kepada ketahanan badan 100 peratus untuk terus hidup.

"Mengikut rekod, kejadian ini adalah yang pertama di negeri ini dan sesuatu yang luar biasa. Bagaimanapun, jika kucing ini dijaga dengan baik dan diberi makanan bersesuaian, ia mungkin boleh bertahan lama," katanya.




WOW !!! 19 gambar menarik persiapan perkahwinan Anzalna Nasir

Bakal #melangsungkan pernikahan hari ini di Masjid Negara, Anzalna Nasir dan pilihan hatinya Hanif Zaki telah membuat persiapan perkahwinan mereka sejak beberapa bulan lepas dan semalam mereka telah mengambil cincin perkahwinan mereka yang #bertatahkan berlian di Mouawad Boutique di Starhill, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Malah semalam juga, #Anzalna dan Hanif telah mengadakan malam berinai mereka.

Semoga mahligai yang bakal dibina ini akan terus berkekalan #sehingga ke akhir hayat dan biarlah segala urusan dipermudahkan sepanjang hidup berumah tangga.