Filled Under:

Inilah 5 Perkara Paling AWESOME Tentang Perkahwinan Anak Najib Razak Yang Korang Akan Berkata WOW!!


$%Anak kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa dan pasangannya, Daniyar Kessikbayev telah selamat bernikah di Seri Perdana malam semalam.

Jom kita tengok perkara-perkara awesome tentang perkahwinan VVIP ini!

1.Daniyar Kessikbayev Lafaz Akad Nikah Dalam Bahasa Malaysia


Walaupun berasal dari Kazakhstan, Daniyar telah selamat bergelar suami kepada Nooryana dengan sekali lafaz dalam Bahasa Malaysia.

Daniyar juga telah membaca taqliq setelah selesai lafaz nikah di hadapan Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya, Abd Manaf Mat.

Kemudian, Daniyar menunaikan solat sunat diikuti dengan upacara membatalkan wudhu’ dan menyarung cincin antara kedua-dua pengantin.

Sumber: Astro Awani

2. Datuk Seri Najib Menikahkan Sendiri Anaknya

Datuk Seri Najib telah menikahkan sendiri Nooryana, disaksikan oleh Datuk Ahmad Johari dan Datuk Mohamed Nizam.

Sumber: Astro Awani

3. Antara Tetamu VVIP Yang Hadir

Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajjah Haminah berkenan berangkat ke majlis pernikahan anak Datuk Seri Najib Razak

Turut berangkat Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom, Sultan Perak, Sultan Dr Nazrin Shah Sultan Azlan Shah, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid dan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman serta menteri-menteri Kabinet juga hadir.

Sumber: Astro Awani

4. Majlis Resepsi Di KLCC

Majlis resepsi perkahwinan pasangan Nooryana Najwa – Daniyar Kessikbayev akan diadakan pada 28 Mac 2015 di Kuala Lumpur dan juga di Pekan, Pahang.

5. Hantaran 500,000 USD?

Percaya atau tidak, ini adalah jumlah hantaran paling banyak yang pernah kami lihat seumur hidup. Untuk makluman anda, hantaran Nooryana dikatakan bernilai 500,000 USD! Lebih kurang RM 1.9 Juta! Pergh.. Seriuslaaaa???

Apapun, kami doakan agar Nooryana dan pasangan bahagia sehingga ke akhir hayat! Amin.


sumber asal